Disini anakanda hanya mahu berceritakan satu pengalaman anakanda selama berada di SMKAP atau SMKA DATO HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL,PEDAS...
Sebuah Waktu Silam di SMKAP....(◕‿◕)
(Berdasarkan kisah benar<-->unsur tokok tambah)
Bab 1
Kegembiraan Mula Terukir
"Kring.....",menandakan jam loceng miniku sudah berbunyi,aku mula bergegas bangun daripada tidurku yang sangat lena,ketika itu juga aku amat malas untuk bangun daripada tidur kerana masih mengantuk dek kerana kepenatan yang teramat pada malam tadi ,kerana berbual rancak bersama Wan dan Pak Indukku di rumah mereka.Aku mula bangkit daripada tidurku dan mula mengemas katilku yang usang,ketika itu aku berada di kampung kerana jarak kampungku daripada sekolah hanya beberapa kilometer sahaja, daripada rumahku di Melaka.Aku mula mencapai tualaku dengan keadaan yang sangat mamai ketika itu.Aku tercapai sejadah ibuku yang lusuh.Aku fikirkan tuala mandiku rupa-rupanya sejadah ibuku.Aku mula sedar dari kemamaian diriku ketika Uwanku menegurku,"abang!Alahai dah nyanyuk ke cucu aku ni,kenapalah sejadah lusuh ibu kau,kau ambil hahahahaha...abang-abang,(sambil Uwanku menggelengkan kepalanya)"aku sangat malu ketika itu,lalu aku terus bergegas mengambil tualaku.
"shhhuuu...."bunyi derusan air paip menghempas ke lantai bilik air yang berjubin rapi.Aku mulai menggigil kerana terpaksa menjirus badanku dengan air yang sangat sejuk.Sudah menjadi kebiasaan bagiku ke sekolah dan lapisan masyarakat yang lain.Tetapi ketika itu,sudah lama tidak bermandikan dengan air sejuk kerana sering bermandikan dengan air yang "suam-suam kuku"kata orang kerana hari cuti,sipalah yang bermandi pada waktu pagi ,lainlah bagi orang-orang yang tertentu seperti,bersiap-siap untuk mengais rezeki waktu pagi-pagi lagi.Maklumlah cuti sekolah,saat yang sangat dinanti-nantikan oleh lapisan masyarakat untuk bercuti atau ber"honeymoon"dengan keluarga tersayang.Selesai sahaja membersihkan diri,aku mula masuk ke bilik untuk bersiap-siap ke sekolah berasramaku yang sudah menjadi angan-anganku selama ini.ketika itu aku tidak sabar-sabar untuk bersekolah disitu.Maklumlah,mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah.
"Abang jaga diri elok-elok tau,Uwan sayang abang!Belajar rajin-rajin kat sekolah tu,ingat duit tu jimat-jimat, guna masa perlu je ok,sayang abang(
sambil bibirnya mengucup dahiku).Ketika itu juga Uwanku menitiskan air matanya menandakan dia sangat sedih atas peninggalanku daripada pangkuannya selama beberapa minggu kerana terpaksa meninggalkannya untuk tinggal di asrama.Tiba-tiba Atukku menyampuk"sudahlah Yam tak usah melayan perasaan tu sangat,abang ni tinggalkan kita hanya beberapa minggu je,nanti jika warden melepaskannya untuk pulang ke rumah pada hujung minggu nanti,pulanglah abang ni nanti ye",aku juga turut mengalirkan air mata membasahi pipi tembamku ini.Aku memeluk Uwanku seerat-eratnya.Aku mula memasuki kereta yang berjenama Honda Stream S milik ayahku yang akan dipandu oleh ibuku.Ketika itu,hanya ibu dan atukku sahaja yang menemani dan mendaftarkanku ke sekolah itu.Ayahku tidak dapat menemaniku semasa pendaftaran kerana ayahku terpaksa akur dengan keadaan yang tidak mengizinkannya untuk menemaniku semasa pendaftaran kerana ayahku akur untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang ketua keluarga iaitu,memberikan nafkah kepada kami sekeluarga dengan mengais rezeki waktu pagi-pagi lagi.Aku sangat berbangga dengan ayahku kerana beliau,tiadalah segala kelengkapan diriku serta keluarga jika adanya setiap titik-titik peluh ayahku itu dalam mencari rezeki yang halal selama ini. Aku mula meninggalkan halaman kampungku.Aku melambai-lambaikan tangan kepada Uwanku dengan perasaan yang amat sedih.Ibuku menekan hon kereta ayahku menandakan mereka mula meninggalkan halaman kampung, kepada Uwanku.
Ibuku menggunakan jalan alternatif untuk ke sana.Ibuku menggunakan jalan Inas untuk ke sana dan terus menembusi jalan Rembau.Di Rembau itu jugalah terletaknya sekolahku yang berhampiran dengan Pedas.Ketika di dalam kereta,hatiku berasa sedikit gementar kerana memikirkan bagaimanalah ingin membiasakan diri tinggal diasrama dan bergaul dengan rakan-rakan baru serta senior-senior disitu.Aku cuma kuatir aku akan dibuli sahaja.Tiba-tiba aku tersengih-sengih bersendirian tanpa dua orang insan yang berlainan jantina dan usia yang ku sayangi selama ini sedar akan tingkah lakuku ketika itu, kerana mereka asyik mendengar lagu yang telah didendangkan oleh radio "era fm" sambil berborak sesama sendiri tentang diriku tinggal di asrama kelak.Apa yang ingin aku kuatirkan kerana aku telah mempelajari seni mempertahankan diri seperti "Taekwando"selama beberapa tahun.Aku mula menceburi bidang seni mempertahankan diri tersebut bersama adik-adikku ketika aku berusia 9 tahun lagi.Aku telah menjalani ujian tali pinggang sehingga aku telah dianugerahkan dengan seutas tali pinggang berwarna merah yang menandakan aku mulai menjadi senior di situ.Aku juga telah mengikuti beberapa pertandingan atau "tournament" sepanjang aku mula menceburi bidang seni mempertahankan diri tersebut.Jadi sudah menjadi kebiasaanku bertendang-tumbuk.Jadi sekiranya aku dibuli, dengan sepantas kilat aku mampu membuka segala langkah-langkah mempertahankan diri tersebut sekelip mata sahaja.Aku juga telah lama meninggalkan seni mempertahankan diri tersebut kerana akur dek arahan ibuku kerana ketika itu aku harus belajar bersungguh-sungguh demi untuk mendapat keputusan yang cemerlang di dalam ujian yang akan ku tempuhi kelak iaitu "Ujian Pencapaian Sekolah Rendah" atau UPSR.
Pejam celik-pejam celik memikirkan bagaimana diriku tinggal diasrama kelak mulai terpadam kerana ibuku menegurku mengapa asyik termenung sahaja selama berada di dalam kereta.Ibuku berkata, "abang kita dah sampai!"aku mula tersedar daripada angan-anganku dan mula memakai kasut kulitku yang baru lagi berkilat.Ketika itu,semakin bertambah gementar diriku atau kata orang"nervous" untuk tinggal di asrama.Aku mula bergegas keluar daripada kereta lalu membuka bonet kereta milik ayahku untuk mengambil segala peralatan dan kelengkapanku tinggal diasrama.Ramai juga murid ketika itu.Tiba-tiba ada seorang senior menegurku agar tidak perlu mengangkat segala kelengkapan-kelengkapanku ini dahulu kerana aku perlulah mendaftarkan diriku dan mendengar taklimat yang telah diberikan oleh guru yang bertugas.Pada ketika itu,kakak dan abang saudaraku ingin melawatku di sekolah itu.Satu ketika dahulu,maksu Ana ku pernah bersekolah disitu.Tetapi,maksu Ana ku hanya menuntut ilmu disitu hanya beberapa minggu sahaja.Kerana bagi dia,tinggal diasrama tidak menjadi satu kebiasaan bagi dirinya.Jadi,dia terus berpindah ke SMK Tuanku Muhammad yang berlokasi di Kuala Pilah Negeri Sembilan.Jadi,maksu Ana ku lebih selesa menimba ilmu disekolah itu.Maksu Ana ku juga telah mendapat keputusan yang sangat memuaskan di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Sehinggakan dia bergelar mahasiswi di salah sebuah kolej di Cyberjaya,Selangor.Iaitu Kolej Multimedia di Cyberjaya.Tetapi lain pula kepada Paklong ku.Paklong ku bersekolah di SM Sains Kuala Pilah.Sekarang beliau juga sudah bekerjaya sebagai seorang Arkitek Kapal.Beliau sering melancong di beberapa buah negara yang kian maju.Contohnya seperti,Hong Kong,Jepun dan sebagainya.Aku juga turut menumpang bahagia atas kerjayanya selama ini.Beralih pula kepada Makngah Aezatul ku.Beliau juga dulu bersekolah di sekolahku juga.Iaitu,SMKA Dato Haji Abu Hassan Haji Sail,Pedas.Dahulu,sekolah itu bernama SMKAP.Iaitu,SMKA Pedas.Nama baru sekolahku juga adalah nama bersempena dengan seorang Ahli Ulama' disitu.Makngah Aezatul ku juga telah menimba ilmu disekolah itu sehingga bergelar senior iaitu tingkatan lima.Makngah Aezatul ku juga sudah bergelar Alumni di sekolah itu dan sekarang Makngah Aezatul ku juga seorang yang bekerjaya.Beliau menjalankan tugas sebagai seorang jururawat di salah sebuah hospital tempat ku dilahirkan iaitu,Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah.Kesemua abang dan kakak-kakak saudaraku itu kan ku jadikan idola dalam menggapai cita-cita murni kelak.Aku bersama ibu dan atukku mula bergegas ke depan dewan untuk mendaftarkan diriku di situ.Aku turut dibantu oleh sekumpulan kakak senior semasa pendaftaran berlangsung.Ibuku juga turut mengambil kesempatan untuk turut bergambar disitu,untuk dijadikan kenangan, semasa pendaftaran berlangsung.Mula-mula aku berasa malu kerana takut mereka semua yang berada disitu pelik melihat kami bertiga kerana beria-ia untuk bergambar,walaupun di tempat pendaftaran.Sebaliknya,ada juga beberapa orang insan yang bergambar disitu.Jadi,hatiku berasa sedikit lega kerana ada juga kaum hadam dan hawa yang bergambar disitu.Kemudian aku akur dengan asakan mereka untuk bergambar.
(dibawah disertakan dua keping foto iaitu diriku bergambar bersama dengan atuk dan ibuku)
(Aku serta ibuku yang cantik lagi menawan bergambar ditempat pendaftaran)
(Aku bersama atukku yang segak bergambar ditempat pendaftaran)
Gementar Mula Melonjak
"Cik,cik boleh bawa anak cik ke dalam dewan untuk mendaftar kelas masing-masing",kata seorang kakak yang bertudung labuh itu kepada kami bertiga.Aku bersama ibuku terus bergegas masuk ke dalam dewan tetapi atukku tidak masuk ke dewan sekali kerana beliau ingin melihat keindahan alam semulajadi yang telah dikurniakan oleh Ilahi kepada umat-umatnya disekolah itu.Bangunan-bangunan yang berdiri megah disekolah itu melambangkan betapa maju dan harmoninya sekolah itu walaupun telah ditelan oleh arus kemodenan.Tiba sahaja aku bersama ibuku didalam dewan hatiku semakin gementar dan resah kerana begitu ramai murid-murid yang berbeza jantina. dan kelihatan seperti semuanya murid bijak-ijak belaka.Kesemua murid-murid tersebut berpakaian segak bergaya bagi lelaki dan mahupun perempuan yang bertudung labuh lengkap menutup segala lekuk-lekuk aurat mereka.Maklumlah sekolah agama jadi,aku haruslah membiasakan diri disekolah itu.Lelakinya disertakan songkok berwarna hitam diatas kepala mereka.Disekolah agama itu,terserlah keagamaannya apabila semua murid-murid disekolah itu memperlihat perpaduan ummahnya yang terdiri daripada kaum muslimin dan muslimat.
"Next!"kata seorang guru yang bernama Puan Azibah kepada kami semua yang ingin mendaftar kelas.Aku telah mendapat kelas 1 Ibnu Sina.Aku fikirkan kelas pertama,sebaliknya kelas yang terakhir di sekolah itu.Aku fikirkan semua yang mendapat keputusan 4A1B semasa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)mendapat kelas yang terakhir,sedangkan ada juga yang mendapat keputusan 5A masuk ke kelas tersebut.Jadi aku fikir cikgu-cikgu ini tidak mengikut siapa yang berkeputusan 4A atau 5A.Sebaliknya,mereka semua hanya membuat rombakan ke kelas masing-masing.Jadi,aku tidak bernasib baik kerana mendapat kelas yang terakhir disekolah itu iaitu,kelas 1 Ibnu Sina.Tiba-tiba terlintas di dalam kotak fikiranku,"buat apa aku ingin risau aku mendapat kelas yang terakhir,sedangkan semua itu hanyalah nasib semata-mata dan hanya sebuah rombakan",fikirku.Aku dan ibuku terus bergegas beratur untuk menunggu giliran kami.Kerana ketika itu murid-murid serta ibu bapa mereka sedang berpusu-pusu untuk merebut giliran mereka.Aku dan Ibuku duduk disebuah kerusi plastik yang telah disediakan semasa sesi pendaftaran berlangsung."Next, puan sila duduk disitu ya!"kata Guru yang bertugas semasa sesi pendaftaran itu berlangsung kepada kami.Ibuku mula mengeluarkan segala fail atau dokumen-dokumen yang penting, berkenaan dengan keperibadianku ke atas meja untuk diperlihatkan kepada kaum hawa yang bergelar seorang guru tersebut untuk dijadikan jaminan.
Selesai sahaja sesi pendaftaran berlangsung,aku,ibuku dan murid-murid serta ibu bapa mereka yang lain mula mengambil tempat duduk masing-masing di dalam dewan tersebut untuk mendengar taklimat yang akan disampaikan oleh guru yang bertugas kelak.Selesai sahaja sesi pendaftaran kelas,beralih pula kepada sesi kedua iaitu sesi taklimat.Pada sesi taklimat,aku berasa amat bosan ketika itu dan aku berkata kepada ibuku,"Ibu lamanya cikgu tu beri taklimat",dan ibuku menjawab sambil tersengih-tersengih bersendirian,"Hahahaha....biasalah tu tunggu je",ketika itu juga aku meminta kepada ibuku telefon bimbit miliknya iaitu telefon bimbit yang berjenama Samsung S-III untuk menghilangkan rasa bosanku yang teramat ini.Aku melihat gambar-gambar lama sambil teringat kenangan-kenangan yang lapuk dek minda yang menelaah segala perkara-perkara yang baru sehingga melupakan segala kenangan-kenangan lama.Bak kata pepatah,'sudah mendapat madu,sepah dibuang sahaja'.Terlintas juga di dalam kotak fikiranku ini, "bagaimanalah keadaan keluargaku jika ketiadaanku disisi mereka nanti,hurmm...",kadang-kadang terasalah juga kesedihan diriku ini kerana akur tinggal diasrama.Maklumlah,mendapat tawaran tinggal diasrama,tak kan mahu menolak peluang yang selama ini diangan-angankan sekeras-kerasnya.Jika aku menolak,peluang hanya sekali.Tak kan aku mahu menolak peluang yang datang.Aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR ini pun kerana aku ingin bersekolah disitu.Kata orang peluang hanya datang sekali.Guru yang bertugas memberikan taklimat yang panjang berlela tersebut ialah guru penolong kanan satu iaitu,guru hal ehwal akedemik.Nama guru tersebut ialah Puan Halimaton Jamilah.Aku lihat,guru yang berkaum hawa itu amat sopan gaya pakaiannya.Kata orang,jika ingin melihat kesopanan seseorang itu,lihatlah pada dirinya sendiri.Jadi aku fikir guru itu sangat baik dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas-tugasnya sebagai seorang pensyahid.
Masa berlalu dengan begitu pantas sekali,segala tempias-tempiasan seorang kaum hawa itu terus terhenti disaat itu.Kelihatannya masa tidak mengizinkan seorang kaum hawa itu untuk terus berhujah kerana masa amat cemburu.Dengan lafaz terakhir seorang kaum hawa tersebut,"Sekian terima kasih,semua boleh bersurai!",semua orang yang berada di dalam dewan memberikan tepukan yang gemuruh menandakan rasa hormat kepada guru tersebut dan terus bergegas bangun daripada tempat duduk mereka dan bergegas terus ke pintu keluar dewan tersebut untuk keluar daripada dewan bak kata guru matapelajaranku semasa sekolah rendah,bagai kambing keluar kandang kesemuanya.Tetapi ibu dan aku masih berada di dalam dewan kerana berkesempatan untuk mengambil gambar diriku sendiri di dalam dewan yang serba canggih itu.Ibuku telah mengambil gambar diriku di dalam dewan yang bernama An'Nur tersebut.Dewan itu sangat besar,cantik,canggih dan luas.Dewan An'Nur itu juga telah dihiasi oleh hatekagon peralatan dan kelengkapan yang canggih.Rambang,sejuk dan tenang hatiku ini apabila memandang disekeliling dewan yang telah diukir dengan beberapa potongan ayat Al-Quran contohnya seperti ayat 1000 Dina.(Dibawah disertakan gambar diriku yang berpakaian seragam sekolah yang segak dan lengkap di dalam dewan tersebut)
(Segak tak diriku ini)

"Ibu cepatlah,jom!Kita ambik beg-beg abang semua.Lepas ni nak beli barang-barang kat kedai buku!",kataku terhadap kepada kaum hawa yang ku sayangi.Jawabnya,"Oklah,jom!Tapi sebelum tu,kene pergi kat koop dulu ye sebab,nak beli barang sekolah abang...",Aku pun berkata,"Baiklah,jom!",jawabku terhadap ibuku.Aku serta ibuku dan orang-orang yang lain terus bergegas ke koop untuk membeli segala kelengkapan-kelengkapan disekolah dan juga diasrama.Dahulu,semasa aku masih bersekolah rendah.Majoritinya,segala barang-barang keperluan sekolah,semuanya ada lengkap dijual di kedai buku semasa aku bersekolah rendah lagi.Tetapi sekarang,sejak aku mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah,sungguh ketara perbezaannya.Tidak kira dari segi emosi,intelek,jasmani dan rohani atau sebagainya.Contohnya,daripada kedai buku bertukar kepada koop atau kooperasi.Aku harus membiasakan diri apabila berada di zaman peningkatan remaja.Kerana pada zaman itu segala aspek-aspek yang tertentu akan berubah dengan semula jadinya.Kerana, aku pernah terbaca di dalam sebuah akhbar harian yang telah menceritakan tentang sifat semula jadi remaja......
^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^
__________________________________________________________________________________
Sifat semula jadi remaja yang ingin mencuba perkara-perkara berisiko yang mereka fikir mampu memecahkan amalan tradisi lebih lagi dilakukan bersama rakan 'sekepala'.(◕‿◕)
__________________________________________________________________________________
^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^_^
Jadi,aku berazam aku akan belajar bersungguh-sungguh bermula pada tika dan saat ini supaya menjadi insan yang berguna pada suatu hari kelak.Aku ingin menjadi remaja yang cemerlang di dunia dan sejahtera di akhirat.Keadaan di koop tersebut amatlah sesak dengan pelbagai kaum tidak kira adam ataupun hawa ketika itu.Semua orang berpusu-pusu ingin membeli barang-barang keperluan asrama mahupun sekolah.Di kaunter jualan koop itu,terbahagi kepada dua bahagian.Iaitu kaunter yang pertama adalah kaunter yang khas bagi pihak lelaki dan kaunter yang kedua adalah kaunter yang khas buat pihak perempuan.Di koop itu juga tersedia dengan pengawas-pengawas koop atau"kooperien"yang segak dan berkarisma.Daripada segi layanannya,disitu aku dapat menilai bagaimana pengawas-pengawas koop tersebut menggunakan tutur kata yang sopan serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam berkomunikasi.Pengawas-pengawas koop itu juga melayan kami semua dengan layanan yang istimewa tanpa sebarang kompromi dan bersifat pilih kasih.Aku dan ibuku terus pergi ke kaunter tersebut untuk memilih barang-barang keperluan sekolah mahupun asrama.Hanya mengulurkan sekeping kertas sahaja kepada pengawas koop itu dan pengawas koop itu juga akan mengambil segala keperluanku yang tertera di kertas putih yang ronyok sedikit itu.Kami dilayan dengan layanan yang istimewa.Kami berasa puas hati terhadap layanan-layanan yang diberikan.Aku mengambil plastik merah yang besar itu daripada pengawas koop itu dan ibuku juga turut mengambil plastik besar berwarna oren itu daripada pengawas koop itu.Ibuku terus mengeluarkan duit beratus-ratus daripada dompet kulitnya untuk dibayarkan kepada pengawas koop itu.Kami berdua pun terus pergi ke kereta bersama atukku untuk mengambil barang-barang keperluan di asrama mahupun sekolah.Dalam perjalanan ke kereta milik ayahku.Tiba-tiba datang dua orang senior lelaki menegur kami bertiga.Dua orang senior tadi menawarkan dirinya untuk menolong kami bertiga, mengangkat beg-beg keperluanku ke asrama putra.Jika asrama putra digelarkan sebagai aspura.Manakala asrama putri digelarkan sebagai aspuri.Kami berlima termasuk sekali senior-senior tadi menolongku mengangkat segala keperluan-keperluanku ke asrama.

(maaf..Shah malas nak sambung..pandai2lha ye... :)..i'm most busy right now...)
_Asif Jiddan A'la Kulli Hal Guys..._
_Asif Jiddan A'la Kulli Hal Guys..._

Amazing experience! btw, you have to thankful to Allah because u are chosen as the one of smkapian errr Dahss or wtver. Goodluck!
ReplyDeleteshukran lakum ya zumala'...(Anonymous)..By God's Will I wil not.. never give up eventhough there are a lot of challenges at those school..ahh..(nothing happen)..thank you on your advice..it too avail to me.. ;)
DeleteLawa sngatttt bloggg kamuu . Suka sangatt tengook . pandaii hiass blog , bdak bahas nii .
ReplyDeletehaha..anyway,thanks sesangat Kak Nadh..lawaker hehe..okeyh fine puji diri sendiri.. >_<..actually,akaq punya blog pun cantekk gakk..paris lagi haha..okeyh..bye.. ;)
Deletehoho .paris je ponn ! hehhe . shah pnya lagi awesome ahh . ada bnda gerak gerakk . hoo!
DeleteHaha.btw, thanks kaq.saye sukerr blog akaq sebab awesome.haha.
Deleteokay okayy , sma sma awesome lahh . mseng II mrendah diri . :)
Delete